JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Thursday 15 November 2012

PANAS - BEKAS PLKN DIGALAKKAN SERTAI ASKAR WATANIAH


TERBUKA KEPADA SEMUA INDIVIDU 
BEKAS PLKN
DISARANKAN MENYERTAI 
ASKAR WATANIAH

ISMAIL Ahmad (depan) bersama pegawai kanan Tentera Darat serta para jurulatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Majlis Pelancaran Askar Wataniah PLKN di Kem Permata Resort, Alor Gajah, semalam.

ALOR GAJAH 10 Nov. - Jurulatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) digalak menyertai Askar Wataniah sebagai salah satu usaha membantu kerajaan menggerakkan semangat sukarelawan di kalangan belia di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penglibatan jurulatih dan bekas pelatih program itu dalam Askar Wataniah juga dilihat sebagai langkah awal bagi mendorong pelatih PLKN untuk turut serta selepas menamatkan latihan.

Menurutnya, pada masa ini Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang disertai bekas pelatih dan para jurulatih program itu sahaja disaran menyertai Askar Wataniah supaya mereka dapat mengendalikan kursus PLKN dengan lebih mantap dan berkesan.

"Antara lain objektif menarik bekas pelatih dan jurulatih menyertai Askar Wataniah adalah untuk meningkatkan tahap disiplin mereka serta mewujudkan semangat setiakawan dan berani melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.

"Memandangkan mereka adalah pengendali kursus dalam PLKN, penyertaan dalam Askar Wataniah juga adalah bagi mempersiapkan mereka dari segi kemantapan fizikal dan mental," katanya selepas menyempurnakan Pelancaran Askar Wataniah PLKN di Kem Permata Resort, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Majlis pelancaran itu melibatkan 400 jurulatih PLKN dan ahli BSKN yang telah menamatkan kursus asas Askar Wataniah.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, pihaknya menyasarkan keahlian BSKN yang menyertai Askar Wataniah adalah seramai 100 orang bagi setiap kem latihan PLKN menjelang pertengahan tahun hadapan.

"Kini terdapat kira-kira 3,500 jurulatih PLKN di seluruh negara, jadi dengan penubuhan Askar Wataniah PLKN ini kita berharap agar jurulatih yang layak supaya mendaftarkan diri sebagai Askar Wataniah," katanya.

Sumber dari
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

pok pet pok pet