JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Tuesday 28 August 2012

SEGELINTIR CREW BBPLKN NEGERI SELANGOR AKAN MENGUSAHAKAN BEBERAPA BOOTH PERNIAGAAN . OLEH ITU, KAMI MEMBUKA TAWARAN PELUANG DAN RUANG INI UNTUK ANDA YANG INGIN MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA

MENGISI MASA LAPANG / MELUANGKAN MASA 
CUCI MATA / JALAN-JALAN
DI UP TOWN SUBANG JAYA

LOKASI STRATEGIK 
LOKASI DI SUBANG JAYA DEKAT DENGAN MCD DAN RESTORAN NASI KANDAR PELITA
INFO BOLEH MENGHUNGI NOMBOR YANG TERTERA 
BORANG DISEDIAKAN

JANGAN LEPASKAN 
PELUANG !!

Bagi mereka yang berminat untuk menambahkan pendaptan dan meluaskan perniagaan boleh berhubung dengan nama-nama yang dipaparkan pada gambar yang telah disediakan.





NOTA :

Bayaran permulaan
  • Lot am 10 x 10 RM160.00 (sekali dan khemah jadi hak milik sendiri)
  • Sewa bulanan RM350.00 deposit 2 bulan
  • Lasen RM70.00

    - Sewa bulanan tapak RM350.00 sebulan. Setiap penyewa/peniaga diwajibkan membuat pembayaran sewaan dua kali sebulan sebanyak RM175.00 pada setiap awal bulan (1 haribulan) dan RM175.00 lagi pada pertengahan bulan (15 haribulan) dalam setiap bulan.

    - Segala pembayaran adalah dalam bentuk wang tunai dan hendaklah dijelaskan pada atau tempoh yang telah ditetapkan kepada syarikat atau wakil syarikat yang dilantik secara sah.

    - Resit rsmi pembayaran tersebut akan dikeluarkan kepada setiap penyewa/peniaga sebagai bukti sah pembayaran.
KEJAYAAN KAMI
KEJAYAAN BUAT ANDA JUGA

Tuesday 21 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

BEKAS-BEKAS-PLKN MENGUCAPKAN  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
2012

ERATKAN JALINAN BERSAMA ORANG YANG TERSAYANG


Sempena hari baik, bulan mulia ini mewakili semua bekas-bekas-plkn.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Sekiranya selama ini perkenalan dalam persahabatan ada terkasar bahasa menyinggung perasaan di dalam gurau senda dan tutur kata, mengata, tersalah bahasa, cakap belakang, mengumpat kutuk mengutuk bahan-membahan itu adalah gurau-gurauan adalah ikhlas dari hati semata-mata bagi menceriakan suasana harap ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Selain itu juga, jika ada diantara BBP (bekas-bekas PLKN) ini ada termakan terminum daripada hasil titik peluh Tuan Puan Saudara Saudari minta di halalkan.



Ambillah iktibar sempena bulan yang mulia ini, kita rapatkan silaturrahim dengan kunjung mengunjung ke rumah Ibu Bapa, Sanak Saudara, Rakan-rakan, Sahabat-sahabat, serta jangan kita lupakan Bos-bos PLKN yang banyak membantu kita dan menyediakan ruang dan peluang pada anda semua - dekat mahu pun yang jauh.

Buang yang keruh Ambil yang jernih semula, Apa-apa pun saudara saudari elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
APA YANG PENTING KERJASAMA
THINGS POSITIF +++++++++++

TERBAIKKK.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN
IKHLAS DARI 

JUMPA NANTI PADA PROGRAM RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ANJURAN BSKN NANTI



Wednesday 8 August 2012

Sapa Cepat Dia Dapat - "BORANG JAWATAN KOSONG KERAJAAN, BERKANUN DAN SWASTA ", isikan.. sebentar lagi

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa
Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.






10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan..
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.p/s : Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kan…Peace no war!!

SEBENTAR LAGI 
IKLAN DULU....

Monday 6 August 2012

DAPATKAN LAGI BEST - GOLONGAN ARTIS RAPATKAN DIRI BERSAMA BEKAS-BEKAS-PLKN 1 MALAYSIA DAN PERSATUAN BELIA

ADAKAH NI KENANGAN TERHEBAT ANDA BEKAS PLKN , 
BELIA DAN ANAK MUDA
2012

Program jemputan terbuka kepada semua persatuan, tiada persatuan atau individu serta golongan korporat telah menarik minat banyak pihak sehingga mencapai objektif melahirkan anak muda yang mempunyai persatuan dan aktif.

Pendedahan seperti ini yang tidak mencari nama dan keuntungan telah memberi 1 memori yang cukup indah bagi mereka yang hadir di samping mendekatkan diri dengan golongan popular tanah air (artis) dan pemimpin.

SEMBANG SANTAI BERSAMA AWIE
4 OGOS 2012
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 
KUALA LUMPUR.


Selain itu, aktiviti seperti ini dapat melahirkan 1 sikap kerjasama dalam perlaksanaan tugas serta berpotensi memupuk sifat kesukarelawan tanpa menagih elaun serta mencari kepentingan peribadi dan setiap individu dapat berpikiran secara terbuka atas tanggungjawab mereka pada masyarakat tidak kira dari asal mereka.


Adik ini telah di wawancara dan beliau merupakan seorang individu yang mahu dikenali sebagai farsha yang datang dari Kluang johor, yang betul-betul minat dan dahagakan aktiviti. "kata beliau - saya berbangga , dan jika ada lagi aktiviti macam ini mahu juga saya menyeru rakan-rakan sekalian join, tidak rugi, cukup la sekadar kebajikkan saya terjaga, dapat disediakan sedikit makan minum tempat saya lurus-luruskan badan dan bersihkan diri dan selesa menunaikan ibadat , saya dapat melakukkan aktiviti sukarelawan ini tanpa diarah dan saya lakukan atas kehendak dan mengikuti prosedur yang telah dipersetujui"


BBP - Mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua bekas-bekas-plkn yang hadir dari utara semenanjung, juga dari selatan tanah air, pantai timur dan tidak lupa juga ada yang mewakili dari Borneo tidak kira anda dari bekas PLKN , persatuan belia sekitar dan tiada mempunyai persatuan(perseorangan) yang telah menawarkan diri mengambil bahagian.

Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh kita menuai pagi,
Kalau ada umur yang panjang,
Akan kita berjumpa lagi.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

ANDA JUGA KAMI ALU-ALUKAN
NEXT TIME YER..


Tambahkan Amalan, Tingkatkan Keimanan,


Thursday 2 August 2012

PANAS PERLIS BELUM PERNAH BERLAKU - 3 KEM DI PERLIS BERGABUNG BERBUKA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM (MAKLUMAT UNTUK AKTIVITI DI PERLIS)

DIJEMPUT SAUDARA SAUDARI
MAJLIS BERBUKA PUASA
BERSAMA


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS
KOMPLEKS PENYANYANG DR.SITI HASMAH JEJAWI 
PERLIS INDERA KAYANGAN
16 OGOS 2012
KHAMIS



Salam 1 Malaysia buat semua warga 3 Kem di Negeri Perlis

  1.  Kem Tasik Meranti
  2.  Kem Tasoh
  3.  Kem Guar Chenderai 

Maklumat Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim di Negeri Perlis

  • Tarikh - 16 Aug 2012
  • Vanue - Rumah Anak2 Yatim Seri Kenangan,Jejawi Perlis
  • Tempat Berkumpul - Kem Tasoh Beseri
  • Masa - Sebelum 4.30ptg..(Masa 1 jam diberikan untuk menukar pakaian dan pukul 5.30 petang kita akan bertolak ke vanue)
  • Pakaian
    -Lelaki - Baju Melayu
    -Perempuan - Baju Kurung
  • Transpot ke Kem Tasoh adalah sendiri dan Bas disediakan dari kem untuk ke lokasi berbuka puasa




Program ini akan disertai oleh

120 org-Anak-Anak Yatim 
50 org-Staf Sokongan dan Jurulatih
40 org-Bekas-Bekas Pelatih PLKN di ketiga-tiga kem di Perlis


Boleh menghubungi
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali @ Along di talian 0129385923


Berkhidmat Untuk Negara
Wakil BSKN Zon A ( Perlis )
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali
Kem Tasik Meranti
0129385923

SEMPENA BULAN RAMADHAN BKSN PAHANG MENGANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERBUKA KEPADA ANDA SEMUA DIJEMPUT MENJAYAKANNYA

MAJLIS BERBUKA PUASA
ANJURAN BSKN TEMERLOH, PAHANG
11 OGOS 2012


‎~Majlis Berbuka Puasa Anjuran BSKN Daerah Temerloh~
Tarikh. : 11 Ogos 2012
Tempat: Masjid Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang 

Tentatif program : 

  • 5.30 petang : lapor & pendaftaran
  • 6.00 petang : kerja amal di kawasan sekitar masjid
  • 7.25petang  : berbuka puasa
  •                  : solat maghrib berjemaah
  •                  : penyampaian sumbangan kepada anak yatim


Pertanyaan :
Kapten ahmad satar (tkl) Arena Resort Temerloh 0139076654
Trooper rauf 01112925176
Nurul syuhada 0138345776 @ bbpin 235A707E

Assalam... Bskn daerah temerloh mengajak seluruh ahli bskn tidak kira di mana jua anda berada agar sama2 menghadiri majlis berbuka puasa di masjid temerloh jaya, temerloh pada 11.8.2012... Sama ada datang sendiri atau anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan berhubung kepada Admin pengendali majlis untuk sebarang pertanyaan.


BERSATU, BERKHIDMAT DAN BERBAKTI


Wednesday 1 August 2012

Anak-Anak Johor - MAKLUMAT PANAS PROGRAM DI BATU PAHAT UNTUK BSKN SEKITAR JOHOR DAN BERHAMPIRAN KEM PLKN SEMBERONG


DIJEMPUT SAUDARA SAUDARI /BEKAS PLKN
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA
 ANAK-ANAK YATIM 
BATU PAHAT, JOHOR
13 OGOS 2012
ISNIN



SALAM PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI BSKN YANG TELAH MENGHANTAR NAMA UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN ANAK2 YATIM BATU PAHAT. KELULUSAN TELAH DIPEROLEHI. 

  • SALAM KEPADA SEMUA JURULATIH KEM SEMBRONG KONTRAK/SAMBILAN ANDA DIKEHENDAKI HADIR KE MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM BATU PAHAT PD 13 OGOS 2012. 
  • BERKUMPUL DI KEM PLKN SEMBERONG JAM 1000 UNTUK RAPTAI PERSEMBAHAN NASYID. SILA SAHKAN PENYERTAAN.
  • PROGRAM PADA 13 OGOS 2012 MULAI JAM 1700 HINGGA 2330. 
  • BAS DISEDIAKAN DARI KEM SEMBERONG, BOLEH BERMALAM DAN MAKAN SAHUR PADA 14 OGOS AKAN DISEDIAKAN


ATURCARA PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA
BERKUMPUL DI KEM PLKN SEMBERONG 

SEBELUM 1630

1630 - BERGERAK KERUMAH ANAK YATIM BATU PAHAT
1730 - TIBA DIRUMAH ANAK YATIM
1740 - 1900 AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN ASRAMA LELAKI/PEREMPUAN
1900 - PERSEDIAAN JUADAH BERBUKA PUASA
1923 - BERBUKA PUASA
1945 - SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
2015 - JAMUAN MAKAN MALAM
2045 - SOLAT ISYAK/TARAWIKH BERJAMAAH
2130 - PERSEMBAHAN DARI ANAK YATIM DAN AHLI BSKN
  • 2200 - UCAPAN DARI PENGERUSI BSKN
  • UCAPAN KOMANDAN KEM
  • UCAPAN WAKIL RUMAH ANAK YATIM
  • PENYAMPAIAN CENDERAHATI
2330 - MAJLIS SELESAI.

KEPADA YANG TELAH MENGHANTAR NAMA JIKA PERLUKAN SURAT SILA MAKLUMKAN SAYA AKAN KELUARKAN SURAT BERKENAAN PROGRAM TERSEBUT... KEPADA YANG TINGGAL SEKITAR PARIT RAJA ATAU BATU PAHAT BOLEH TERUS KE LOKASI TETAPI SILA MAKLUMKAN

Kepada yang bekerja dan tinggal sekitar Kluang dan Batu pahat anda dijemput menyertai... sila beri nama, ic, alamat, no tel dan dari kumpulan serta siri ke berapa?
INFO PERTANYAAN / PERLUKAN SURAT 
BERHUBUNG :
  Kaptenzulkiflee Tajuddin
                                
019-7612032

pok pet pok pet