JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Tuesday 24 December 2013

SELAMAT HARI NATAL & SELAMAT TAHUN BARU 2014!!! jom sampaikan ucapan anda di sini!!!



SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL BUAT SEMUA ALUMNI PLKN YANG BERAGAMA KRISTIAN & SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA ALUMNI PLKN DISELURUH MALAYSIA.

KAMI MEMOHON KEAMPUNAN JIKA ADA SALAH, SILAP, TERKASAR BAHASA, TERLANJUR GURAUAN, TERMENGUMPAT & TERMENGUTUK DARI KAMI. DIHARAP SETIAP AZAM & CITA-CITA YANG DIHAJATI AKAN TERCAPAI & SEMOGA PLKN AKAN TERUS MELAHIRKAN ALUMNI YANG AKAN MEMBANTU MEMAJUKAN NEGARA MALAYSIA YANG DICINTAI.

SALAM IKHLAS DARI ADMIN.

Monday 23 December 2013

PANAS!!! RAMAI ALUMNI PLKN MENERIMA BR1M??? anda dapat ke???

JOM KLIK!!
BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2014

TAHNIAH KEPADA SEMUA ALUMNI PLKN YANG TELAH LAYAK UNTUK MENERIMA BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2014.

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PUSAT DIBAWAH PIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DENGAN BANTUAN YANG DISALURKAN KEPADA ALUMNI PLKN.

KEPADA SAUDARA & SAUDARI SEKALIAN,
  • BERSYUKURLAH KITA DIATAS BANTUAN YANG TELAH DITERIMA.
  • BERJIMAT-CERMAT.
  • GUNAKAN BANTUAN YANG DITERIMA DENGAN BIJAK







Walaubagaimanapun, berdasarkan butiran awal yang telah diumumkan sendiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan ada kelainan sedikit mekanisme pembayaran BR1M 3.0 Malaysia kali ini..

Butiran Awal BR1M 3.0 Malaysia 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
  • Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
  • BR1M 3.0 Malaysia telah diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan dibayar dalam masa terdekat.
Sekurang-kurangnya dengan pemberian BR1M 3.0 Malaysia kali ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang dialami oleh bekas pelatih PLKN.

Di harap agar bantuan BR1M ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

SUMBER

SEMOGA BERJAYA




Friday 13 December 2013

PANAS !!! Gambar anda ada di sini !!! ANDA DIANTARA 200,000 ORANG BEKAS PELATIH PLKN BERDAFTAR SECARA SUKARELA !


 SEMARAKAN NILAI SUKARELAWAN ANDA

ANGGARAN KASAR PESERTA PLKN SECARA SUKARELA BERMULA DARI TAHUN 2008 HINGGA TAHUN 2011. STATISTIK RASMI INI BOLEH DILIHAT DI BULETIN PLKN.




ADAKAH ANDA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN INI?

DARI SELIDIKAN LUARAN DIANGGARKAN 400 000 JUMLAH BEKAS PLKN TELAH BERDAFTAR SEHINGGA DISEMBER 2013. INI MERUPAKAN 1 PENCAPAIAN YANG MEMBANGGA UNTUK WARGA ALUMNI PLKN.









TELAH MENJADI KEBIASAAN BELIA DAN BELIAWANIS DI MALAYSIA MENJALANKAN AKTIVITI KESUKARELAAN DIMANA AKTIVITI SEPERTI INI DAPAT MEMUMUK NILAI-NILAI MURNI BERKEPIMPINAN, PERSAHABATAN, KESETIAAN, KERJASAMA SERTA SEMANGAT BERPASUKAN.

SEPERTI BIASA DENGAN HARAPAN AGAR AKTIVITI SEPERTI INI TIDAK LUPUT DITELAN ARUS ZAMAN DAN TERUS MENJADI KEBIASAAN MASYARAT TIDAK KIRA AGAMA, BANGSA, FAHAMAN, POLITIK, DAN USIA MEREKA.



Wednesday 4 December 2013

TAHNIAH !!! BEKAS-BEKAS PLKN AKAN TERIMA HABUAN (RM) HASIL KESUKARELAAN ANDA?

BERITA BAIK BAGI SUKARELAWAN YANG AKTIF
TAHUN 2012.
SILA BUAT SEMAKAN !!!


Berita baik buat ahli-ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang bergiat aktif di Malaysia.

 Anda dikehendaki membuat semakan penerimaan elaun anda.

 Pembayaran bounti BSKN bagi tahun 2012 bagi mereka yang bergiat aktif sahaja. Jika anda salah seorang penerima bayaran bounti sila hubungi :-

Cik  Normaisarah Binti Abd Rahman
Bahagian Sukarelawan dan Alumni
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 5, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 4027 4103
Fax : 03 - 4027 4562
Email: maisarah@khidmatnegara.gov.my

sila email salinan dokumen seperti berikut:
         
a)    Salinan Kad Pengenalan
b)    Salinan Buku bank atau salinan penyata bank yang masih aktif (kecuali islamic banking tidak dibenarkan)
c)    Borang E-spkb yang telah dilengkapkan


PENGIRAAN ELAUN BSKN.



SEMOGA BERJAYA.
1 HASRAT 1 SEMANGAT 1 TEKAD
KHIDMAT NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA


1 MALAYSIA JANJI DITEPATI


Wednesday 25 September 2013

TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM MUHAMMAD SUHAIMI NORHAMIDI. (WUJUDKAN KAMERA CCTV DI KEM PLKN BAGI MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SOSIAL)

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT
AL-FATIHAH 
< DICADANGKAN CCTV DIWUJUDKAN DI KEM PLKN>


Merujuk kepada apa yang telah terjadi, perkara ini telah banyak tersebar di media maya tanpa dapat kita bendung. Soal berkenaan takdir Allah memang tiada siapa pun dapat lari.
 
 Apapun biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang telah melakukan kesalahan dan kita semua usahlah membuat sebarang spekulasi negatif yang tidak bermoral seperti menuding jari ke arah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pegawai-pegawai bertugas di Kem PLKN Pinggiran Pelangi di serta jurulatihnya.
 
Oleh itu marilah kita berikhtar dan berfikir sejenak apakah bentuk cara yang paling terbaik supaya perkara seperti ini dapat dibendung, diperbaiki dan dapat dielakkan supaya ianya tidak akan berulang di masa akan datang.
 
Terdapat beberapa bentuk prasarana keselamatan yang patut dibaiki dan di tambah, seperti
 
 
  1. Menambah bilangan anggota keselamatan bertugas di setiap kem PLKN bagi memantau kawasan penginapan sepanjang tempoh peserta berada di kem. Ini dapat mengurangkan serta membantras kadar jenayah keganasan dan gansterisme di kalangan peserta PLKN


      
  2. Mewujudkan satu sistem automatik video iaitu kamera pengawasan tersembunyi (CCTV) di kediaman peserta PLKN, kantin, bilik bacaan, dan beberapa lokasi yang dirasakan boleh berlakunya jenayah di kem PLKN. Selain itu ianya boleh membantu siasatan jika terdapat kejadian-kejadian yang tidak diingin berlaku.
Cadangan ini adalah wajar kerana ianya dapat membantu dan membantras apa saja bentuk jenayah yang cuba dilakukan oleh peserta PLKN terutama mereka yang akan mengikuti program ini pada masa akan datang. Selain itu , cadangan ini juga boleh meningkatkan keyakinan ibu bapa, serta persepsi masyarakat terhadap keselamatan anak mereka yang mengikuti program ini.
 
SEKIAN.

MERUJUK DARI SUMBER-SUMBER YANG BENAR-ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam semalam.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.

Kuantan: Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air tengah malam kelmarin dikatakan memotong barisan ketika mengambil makanan sarapan pagi di kantin pusat itu.

Ia sekali gus dikatakan menjadi punca tidak puas hati beberapa pelatih lain hingga menyebabkan pergaduhan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ia berikutan soal siasat daripada tiga pelatih berusia 17 hingga 21 tahun yang ditahan petang semalam.



" Penubuhan PLKN bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia."

Memang tidak dinafikan lagi program-program PLKN banyak manafaatnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk menjadi kakitangan kerajaan seperti polis, bomba, Jabatan pertahanan awam, Rela, Kakitangan Hospital dan sebagainya.

Memang betul ajal itu ditangan tuhan tetapi setiap manusia mempunyai pilihan.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.

Monday 23 September 2013

WALIMATULURUS - EYRA MENJEMPUT SAUDARA SAUDARI KE MAJLIS PERKHAWINAN EYRA DI PAHANG.

DIJEMPUT SAUDARA SAUDARI KE MAJLIS PERKAHWINAN SAYA
SEPERTI MAKLUMAT DI BAWAH :-


SAYA YANG DUDUK DIBAWAH
PERNAH MENYERTAI PLKN DI KEM SETIA IKHLAS SEMENYIH (KEMSIS), KINI AKTIF DI DALAM PERSATUAN BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN)

  • Assalamualaikum W.B.T.

    Dengan penuh kesyukuran, menjemput saudara mara serta sahabat handai sekeluarga ke majlis perkahwinan saya & kakak bersama pasangan mengikat pertemuan dua kasih membina mahligai abadi pada tarikh berikut. Semoga kehadiran anda sekeluarga dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan kami dan segalanya diberkati Allah S.W.T.. Amin..

    NOR FIRDAUS BINTI ABD RASHED
    bersama pasangan
    MD NORHALAFI BIN ABD RAHMAN
    &
    NOR FAZIRAH BINTI ABD RASHED
    bersama pasangan
    ABD HADI BIN ZULKIFLI

    Pada hari AHAD, 13 OKTOBER 2013 bersamaan 08 ZULHIJJAH 1434H

    Bertempat di,
    NO. 31, FELDA KRAU SATU (1), 27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.

    Aturcara majlis,
    Jamuan makan : 11.00 AM - 4.00 PM
    Bersanding : 12.30 PM

    Semoga dengan kehadiran para tetamu sekalian akan memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini.

    Sekian.

Seluar koyak sewaktu tarian poco-poco ? GAYA BEBAS DARI PESERTA BSKN DI NEGERI SEMBILAN !!!

AKTIVITI YANG MENYIHATKAN TUBUH BADAN ANDA

poco poco BSKN @ Khidmat Komuniti Perdana PLKN BSKN
Peringkat Negeri Sembilan

Dianggarkan seramai 1000 orang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari kem-kem di Negeri Sembilan dan berhampiran yang menyertai aktiviti ini. Program ini merupakan 1 program yang berfaedah yang dapat menyihatkan fizikal serta mental para peserta.

  

Selain dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli persatuan BSKN, PLKN jurulatih dan masyarakat mereka juga aktiviti seperti ini dapat melahirkan insan dan membina jati diri  yang peka akan keperluan kesukarelaan di  kalangan masyarakat sekitar tanpa ada rasa dipaksa atau terpaksa.


Jutaan terima kasih kepada semua para peserta, penganjur program, masyarakat sekitar, serta tidak dilupakan jurulatih-jurulatih, dan ahli BSKN itu sendiri yang menjayakan program yang gemilang ini.

Sunday 14 July 2013

UNDANGAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA, PERCUMA !. Klikk di sini..

MAJLIS BERBUKA PUASA
 BERSAMA ANAK-ANAK YATIM


Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam 1 Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa dengan ini saudara saudari bekas-bekas Plkn yang tinggal berdekatan dijemput menghadiri aktiviti yang dianjurkan . Maklumat adalah seperti berikut.

Tarikh                      - 20 Julai 2013
Tempat                 
  - Rumah Budi Yan Kedah
Masa                       
- 3 petang hingga 10 malam
Masa Berkumpul    
- Sebelum 2 petang
Tempat Berkumpul 
- Akan ditentukan nanti mengikut jumlah peserta dan sebuah bas akan menanti di Sungai Petani (Stesen Bas UTC/Stesen Teksi)
Pakaian                  
- Baju Kebangsaan
LELAKI                
   - Baju melayu
PEREMPUAN           
-Baju kurung

pakaian awal adalah baju sukan dan seluar track Penginapan - Selepas tamat majlis akan menginap di Kem
Damai Park Resort Merbok..(mengik ut jumlah peserta)yang nak balik terus pun boleh

Jumlah Peserta      
- 120 orang bekas pelatih PLKN (non muslim dialukan)

Butir-butir diperlukan adalah -
Nama penuh
No.ic No.tel



Alamat
Kem p/ s : ini adalah majlis amal tiada bayaran perlu dikeluarkan..harap maklum


Sebarang pertanyaan, berhubung

arelong khusyairi / fb
012 5816457


Berkhidmat Untuk Negara

Wednesday 24 April 2013

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB PADA NEGARA 1 MALAYSIA

 SELAMAT MENGUNDI SEMUA
UNDI ANDA ADALAH RAHSIA
ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA








Kepada yang telah berkelayakan dan layak undi mengundi sila membuat semakan pada link yang disediakan.
1 tanggungjawab kita bersama, semoga anda saudara saudari memilih pemimpin yang berwibawa, berwawasan , pemimpin yang menjaga kebajikan, keharmonian serta kestabilan negara.

Semoga saudara saudari keluar menunaikan tanggungjawab pada negara di atas membalas atau menghargai pengorbanan yang telah dilakukan kerajaan, kini tiba pula giliran saudara saudari menentukan kerajaan yang mampu mentadbir negara dari segi pelbagai sudut.

SELAMAT MENGUNDI
1 MALAYSIA 
TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

pok pet pok pet