JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Monday 15 October 2012

DIRASUK ?????? BENAR ATAU TIDAK SETIAP PELATIH PLKN ADA KISAHNYA SENDIRI !!!!! HANTU ATAU MOMOK MERASUK PELATIH PLKN ??????

SERAM !!!
MENAKUTKAN!!!
TRAUMA!!!
PENGALAMAN!!!


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kepada saudara saudari pembaca, tidak kira dimana pun kamu berada semoga anda berada dalam keadaan   sihat sejahtera semua. Bukan la admin nak bercerita atau nak mengarut seperti yang anda semua nampak gambar di atas, apa yang pasti masing-masing ada cerita atau pengalaman yang mungkin tersembunyi sebalik pengalaman berada di Program latihan Khidmat Negara di kem PLKN seluruh negara.

Sedikit apa yang admin ingin kongsikan dimana terdapat beberapa cerita, situasi, atau kejadian aneh yang pernah menimpa segelintir pelatih PLKN itu sendiri ada diantaranya ternampak kelibat bayang-bayang, terdengar suara, tangisan budak kecil, histeria dan bermacam-macam lagi.

Kisah seperti ini biasanya terjadi dimana-mana saja kem yang selalu kita sendiri melihat berita-berita ini dikongsikan melalui penyampaian cerita tidak kira dari perbualan sesama rakan atau media sosial yang sering kita gunakan seperti facebook, dan sebagainya.

Apa yang pasti kejadian seperti ini bukanlah dirancang oleh mana-mana pihak bagi menakutkan pelatih PLKN itu sendiri. Ini adalah suatu dugaan atau lebih sesuai dikatakan takdir yang datang yang kita sendiri tidak dapat mengelak atau menduga kehadiran dan kita jangka perkara seperti ini akan berlaku.

Bagi mereka yang tidak memasuki PLKN ini atau mereka yang akan masuk PLKN ini bukanlah satu sebaran berita yang ingin menakutkan anda cuma kita berkongsi sedikit pengalaman. Perkara seperti ini dapat kita elakkan sekiranya kita kuat semangat sentiasa berdoa dijauhkan perkara-perkara gangguan seperti ini. Insyallah mereka yang beriman sentiasa dilindungi Allah S.W.T.



Terdapat juga yang kita dengar mereka yang mengalaminya sendiri histeria sampai kelam kabut satu kem, ramai yang pengsan meracau-racau. Pelik tapi inilah hakikatnya. Apa yang pasti admin di sini tahu bahawa semangat adik-adik semua tinggi hebat dan tidak gentar pada cabaran yang datang. Cuma kita sentiasa beringat kerana mulut badan binasa, oleh itu kita dapat menjaga mulut kita, jangan kita selalu takbur dan cakap besar. Insyallah Allah itu sentiasa melindungi orang-orang yang mendekatkan diri pada-Nya dan memohon pertolongan dari-Nya.

Jadi kita cubalah kita melangkah bermula dari hari ini dengan bersolat dan setiap kem PLKN itu sendiri mempunyai surau .cuba-cubalah kita ikhlaskan diri sentiasa pergi ke surau tanpa ada rasa kecewa atau dipaksa dilubuk hati saudara saudari dan diteruskan sehingga anda keluar dari kem. Agama itu adalah tiang agama tanpa agama siapa lah bangsa itu.


Cerita ini bukan untuk direka untuk menakutkan, ianya adalah sekadar berkongsi pandangan serta sedikit kebaikan kepada semua supaya kita sedar dan sentiasa berfikir untuk kita maju kehadapan. mudah-mudahan saudara saudari tampil lagi dengan pengalaman yang lebih baik dari ini sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri dan yang baik itu dari Allah.

ilmu itu adalah pakaian kamu,

Sekian




HIKMAH SELEPAS MENJALANI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

1 MEMORI YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN
KENANGAN SEPANJANG HAJAT
PENGALAMAN YANG BOLEH DIKONGSIKAN BERSAMA


Bismillah......

Selepas sahaja saya menamatkan tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor, saya dikehendaki untuk mengikuti satu Program Latihan Khidmat Negara 2009 (PLKN) selama tiga bulan di Kem Merang Suria, Terengganu sebagai peserta kumpulan pertama. Pada mulanya, saya berasa cukup kecewa, sedih, dan marah kerana terpilih mengikuti PLKN kerana pada anggapan saya PLKN ini adalah membuang masa, tiada nilai-nilai Islam yang akan diterapkan, pergaulan bebas mungkin akan berlaku dan tiada faedah mengikutinya. Tetapi saya pergi juga sebagai peserta dalam keadaan yang sangat tidak rela kerana tidak mahu didenda RM 3000.

Apabila tiba sahaja saya disana, saya masih ingat lagi, perkara yang saya mula-mula kena di saat punggung pun masih belum jejak ke katil, beg pun masih belum dilepaskan lagi daripada genggaman, saya dan beberapa orang peserta lain dikehendaki membuat tekan tubi sebanyak 40 kali sebagai denda daripada jurulatih, Cikgu Anuar(merupakan antara orang yang rapat dan banyak memberi tunjuk ajar kepada penulis semasa di sana ) kerana ada salah seorang daripada peserta di situ tersalah ambil baldi beliau. Yang peliknya, saya tidak merasa marah langsung kerana hati saya merasakan seperti ada sentuhan sesuatu.

Saya rasa mungkin cukup sekadar itu sebagai muqadimah kepada penulisan saya pada kali ini, menampakkan kepada semua para pembaca sekalian perasaan awal saya bila mula-mula sekali di PLKN. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan tidak sangka apa yang saya akan tuliskan ini tetapi ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis yang melihat PLKN sebagai satu wadah yang baik dalam mendidik remaja-remaja darsawarsa ini. Saya sendiri tidak menyangka bahawa banyak menfaat yang saya dapat daripada PLKN ini sekaligus mengubah anggapan tentang PLKN. Saya akan menceritakan dengan menggunakan kaedah ‘numbering’ berdasarkan nilai-nilai untuk memudahkan lagi para pembaca.

KEAGAMAAN

Di sana saya melihat aspek-aspek keagamaan sangat ditekankan. Cikgu Anuar adalah salah seorang jurulatih yang sangat tegas dalam soal ini. Ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana beliau mewajibkan semua peserta solat berjemaah di surau tepat pada waktunya. Bagi sesiapa yang lambat atau tidak pergi solat solat berjemaah akan didenda dengan mengangkat 2 meja makan sambil membuat pusingan seluas dewan makan. Kami juga pernah dikenakan hukuman menulis “saya akan memastikan sahabat saya pergi menunaikan solat berjemaah di surau” sebanyak lebih daripada 1000+++ kali(saya tidak ingat jumlah yang tepat). Selain daripada itu, beliau mewajibkan semua peserta menghafal semua makna bacaan di dalam solat dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya akan ada hukuman yang diberikan. Beliau juga melantik daripada kalangan peserta Imam-imam, bilal-bilal dan ajk-ajk surau. Dan majoritinya sebagai naqib dan naqibah yang akan membimbing peserta-peserta yang lain dalam menyampaikan taklim dan membimbing mereka khususnya dalam agama. Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan juga adalah di asingkan daripada lelaki dan perempuan melainkan beberapa sahaja seperti kumpulan di dalam kelas, kawad dan sebagainya. Antara perkara yang saya tidak boleh lupakan ialah pada hari kedua para imam didenda dengan dikerahkan untuk bergolek di atas jalan raya bersama-sama dengan beliau sendiri kerana kami terlupa untuk menyampaikan taklim selepas Asar.Masya-Allah..sebenarnya banyak lagi yang saya hendak ceritakan berkenaan aspek keagamaan ini tetapi terhalang disebabkan oleh ruang dan masa yang terhad.

Nilai keagamaan ini dapat berjalan dengan baik di kem saya kerana pelajar-pelajar lepasan sekolah agama memainkan peranan dakwah di sana, disamping bantuan daripada jurulatih-juruatih yang hendakkan islam di sana. Saya tidak menafikan ada sesetengah kem yang tidak menekankan langsung aspek ini. Malah peserta bebas untuk solat di bilik dan yang lebih sedih lagi ada yang tidak solat langsung. Kita mahukan mereka-mereka yang kurang baik ini atau tersasar ini menjadi lebih baik apabila mereka menamatkan latihan ini, bukannya menjadi makin haru biru. Di kem saya, memang ada yang secara senyap-senyap mengaku tidak pernah solat, selalu lawan kata ibu bapa, menipu, baru hendak belajar sembahyang, baru hendak kenal agama islam yang sebenar. Mereka jumpa para naqib kerana mereka merasakan mereka perlu berubah dan perlu mempelajari islam. Dan mereka merasa begitu kerana di kem kami ada suasana islam tersebut yang cuba diterapkan. Inilah point penting yang saya hendak ketengahkan. Apabila ada sahabat saya yang berkongsi dengan saya, dia hendak belajar tentang islam,hendak solat, dia beritahu pada saya selama ini tiada seorang pun yang pernah ceritakan pada dia tentang islam yang sebenar,hukum-hukum dalam islam dan sebagainya. Justeru benarlah apa yang sering kita dengar bahawa kita kena jadi pendakwah, di luar sana banyak lagi masyarakat yang memerlukan bimbingan daripada kita.

KEILMUAN
Ini adalah saya kira sebagai asas semasa di sana bagi mana-mana kem pun. Kami di ajar mengenai sejarah dan asal usul agama-agama di dalam Malaysia iaitu tentang agama Islam, Buddha,Hindu, Kristian dan Sikh. Kami juga diajar dengan sifat-sifat patriotik,nilai-nilai baik, akhlak, bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri kami,menangani stress dan sebagainya. Pendek kata, kami mempelajari ilmu secara indoor(yang saya sebutkan tadi) dan juga outdoor seperti berkawad, memegang senjata,survival,dan sebagainya. Semua ilmu-ilmu outdoor tadi adalah merupakan ilmu untuk hidup, bagaimana kita hendak hidup dan memerlukan kerencaman kita berfikir.

UKHUWWAH

Saya melihat bagaimana jurulatih cuba menerapkan kami dengan nilai kasih sayang di antara kami, yang mana datang daripada tempat yang berbeza, berbeza agama, kaum dan warna kulit. Denda-denda yang dikenakan juga lebih bersifat ‘seorang buat semua kena’. Kami sama-sama di ajar untuk susah, gelak ketawa bersama-sama, sakit sama-sama, sedih sama-sama, dan secara tidak langsung kesemua ini telah mengajar kami erti seorang sahabat. Saya tidak dapat lupakan bagaimana seorang sahabat saya yang kita nampak dia seorang yang tegas, nakal, suka main-main tetapi boleh menangis di saat hendak berpisah dengan kami semua sebagai seorang sahabat sedangkan sebelum ini tidak pernah kenal pun. Saya sebenarnya masih mencari rahsia di sebalik ukhuwwah ini dan masih mencari. Kerana ini adalah satu anugerah besar yang Allah berikan pada kita, sesuatu nikmat yang susah hendak kita dapat, sahabat sejati. Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim kita sepatutnya mengasihi sahabat atau saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri. Sebagaimana sabda yang telah diucapkan oleh baginda rasulullah SAW.

Saya rasakan cukuplah sekadar saya membawakan 3 sahaja nilai yang saya dapat daripada banyak nilai-nilai yang lain sebagai pengajaran buat kita semua. Secara jujurnya saya merindukan suasana semasa di PLKN tersebut. Sekadar peringatan, apa sahaja yang kita ikuti, apa sahaja organisasi yang kita pimpin, dan apa sahaja jawatan yang kita pegang, kitalah pencoraknya sama ada lebih dekat kepada ketakwaan ataupun semakin jauh daripada rahmat Allah. Samalah juga seperti kem-kem PLKN, NGO-NGO dan parti-parti. Oleh yang demikian, saya tidak merasa pelik sekiranya ada organisasi dan kem-kem PLKN yang lain yang sangat kontra dengan apa yang saya telah ceritakan sebelum ini. Wallahualam......

Sumber yang boleh dikongsi untuk semua pembaca

Prince Tengku

pok pet pok pet