JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Sunday 22 July 2012

PADAH DIRI - WIRA KEHILANGAN JARI AKIBAT MERCUN MELETOP DI TANGAN !! SALAH SIAPA ???


Mangsa yang bermain mercun itu dikatakan tidak sempat melontarnya lalu meletup dalam genggamannya.Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudian membawa saya pulang sebelum ke Klinik.



Inilah padahnya bermain mercun, so kepada adik, abang, kakak, pakcik, makcik, tok, tokwan dan semua xkira tua mahupun muda, kalau boleh janganlah main mercun. mungkin korang akan kata " dah bertahun-tahun aku main, xde pun jadi pa-pa". sebab musibah datang xkira masa, tempat dan apa yang kita buat. Korang sendiri pun mesti tengok berita, baca paper, setiap kali menjelang musim perayaan kalau xde yang masuk hospital pasal mercun memang xsah kan. so jangan korang pula yang isi kekosongan di hospital tu nanti.


MERIAM BUATAN SENDIRI 
KEBIASAAN DILAKUKAN ANAK MUDA ATAU GOLONGAN PENDUDUK LUAR BANDAR



MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS.

PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :

  1.  SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
  2.  BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP. MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!



Sayangilah diri anda, sayangilah keluarga anda, cintailah mereka semuanya dengan rahmat dan kasih sayang yang berasaskan keimanan.

Kalau kita bencikan sesuatu yang merosak atau membahayakan, kita akan bakar benda-benda itu habis-habisan, tapi kalau kita bencikan mercun, kita tidak boleh membakarnya sebagaimana benda-benda lain itu, dan yang boleh kita lakukan ialah dengan tidak membelinya dan membuang mana-mana yang telah dimiliki. Justeru kita tidak boleh mengajak orang, “Kita bencikan mercun, mari kita beramai-ramai bakar mercun”.

Kalau cintakan anak, jangan biarkan mereka bakar mercun. Kalau sayangkan anak, jangan belikan mercun untuk mereka. Kalau sayangkan anak, pastikan anak-anak tidak membeli, memiliki dan membakar mercun.

Sambutlah Aidilfiri dengan takbir dan tahmid menurut cara Islam bukan dicampuradukkan dengan acara-acara sambutan agama lain yang bukan Islam


Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak LIMA KALI. Seolah-olahnya, kubur akan berkata kepada manusia begini :
  1.  “Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya, hendaklah kamu membaca Al-Quran.”
  2.  “Aku adalah rumah yang gelap-gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam.”
  3.  “Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal iaitu takwa dan amal-amal soleh.”
  4.  “Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’ hingga mencucurkan air mata (tandanya apa yang kita baca itu benar-benar difahami dan berasa betapa berkuasanya Allah S.W.T)
  5.  “Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir. Maka perbanyakkanlah membaca ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah, agar kamu dapat memberikan jawapan kepadanya.”
Firman Allah S.W.T :

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,”
(Surah Luqman : Ayat 34).




Assalamualaikum dan SALAM 1 MALAYSIA ...Kepada anak-anak, adik-adik, kakak-kakak dan sapa-sapa punlah yang rasa die sayangkan nyawa dia,  Jangan Main Mercun!!!! Mercun sangat merbahaya, walaupun menyeronokkan, tapi itu hanya sementara saja. Kalau kita nak rasa keseronokkan berhari raya baik jangan main. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Saya berharap anda dapat menyambut bulan Ramadhan ini dengan penuh kemeriahan disertakan dengan amal soleh.

Tips dan Nasihat untuk semua Penduduk Malaysia
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
bekas-bekas-PLKN.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

pok pet pok pet