JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Tuesday 31 July 2012

AKSI PANAS THE ROCK DI BULAN KEMERDEKAAN - JANJI DITEPATI SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-55 KIBARKAN BENDERA ANDA

 MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

Tema Hari Kebangsaan 2012 ialah..

The Rock pun terkejut !!!!

Selamat hari kemerdekaan 
"Janji Ditepati"


  • Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu - Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia (Tanah Melayu) pada 31 Ogos 1957
  • Hari Kebangsaan Malaysia - Sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

    Salam...

    Salam RAMADHAN kepada sahabat-sahabat  yang disayangi...
    Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-55...
    Pada tahun ini, tema yg dipilih ialah

    Janji Ditepati

    Alhamdulillah, sudah 55 tahun negara kita merdeka..
    Namun sejauh manakah kefahaman rakyat negara kita mengenai erti kemerdekaan ini...
    Tepuk dada tanya minda...

    (Sumber gambar: Encik Google)

    Persoalan yang saya hendak kongsikan bersama-sama sahabat semua...
    Di manakah letaknya semangat kemerdekaan kita?

    Adakah dengan menyambut detik jam 12 tengah malam pada 31 Ogos setiap tahun...?
    Adakah dengan mengibarkan bendera di rumah, kereta, motosikal, lori, bas, kapal terbang dan sebagainya..?
    Adakah dengan melaungkan "Merdeka" sahaja...?
    Atau hanya duduk diam membisu seribu bahasa..?


    Seharusnya kita semua bersyukur kerana negara kita aman sentosa...
    Tanpa peperangan di sini sana...
    Anak-anak bebas bermain riang ria...
    Ibu bapa senang bekerja menyara keluarga...
    Negara makmur rakyat bahagia...
    Menimba ilmu mencurah jasa...
    Hanya di negaraku Malaysia tercinta...

     

    Saya rasa semangat mengibarkan jalur gemilang untuk kemerdekaan pada tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelum ini...



    Sangat susah untuk melihat jalur gemilang dikibarkan  pada kenderaan mahupun di rumah...
    Ada yang memberi alasan bahawa bulan kemerdekaan ini disambut bersama-sama dengan bulan ramadan...
    Adakah salah untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan puasa ini...?


    Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang

     
    Adakah anda tahu makna warna & lambang yang ada pada jalur gemilang ini...?

    Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
    1. Johor
    2. Kedah
    3. Kelantan
    4. Melaka
    5. Negeri Sembilan
    6. Pahang
    7. Pulau Pinang
    8. Perak
    9. Perlis
    10. Sabah
    11. Sarawak
    12. Selangor
    13. Terengganu
    14. Kerajaan Persekutuan
    Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
    Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

     Inilah pencipta Bendera Malaysia...

     Marilah kita bersama-sama mempertahankan kemerdekaan negara kita...

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
     
    JANJI DITEPATI
     


No comments:

Post a Comment

pok pet pok pet