JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Wednesday 25 September 2013

TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM MUHAMMAD SUHAIMI NORHAMIDI. (WUJUDKAN KAMERA CCTV DI KEM PLKN BAGI MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SOSIAL)

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT
AL-FATIHAH 
< DICADANGKAN CCTV DIWUJUDKAN DI KEM PLKN>


Merujuk kepada apa yang telah terjadi, perkara ini telah banyak tersebar di media maya tanpa dapat kita bendung. Soal berkenaan takdir Allah memang tiada siapa pun dapat lari.
 
 Apapun biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang telah melakukan kesalahan dan kita semua usahlah membuat sebarang spekulasi negatif yang tidak bermoral seperti menuding jari ke arah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pegawai-pegawai bertugas di Kem PLKN Pinggiran Pelangi di serta jurulatihnya.
 
Oleh itu marilah kita berikhtar dan berfikir sejenak apakah bentuk cara yang paling terbaik supaya perkara seperti ini dapat dibendung, diperbaiki dan dapat dielakkan supaya ianya tidak akan berulang di masa akan datang.
 
Terdapat beberapa bentuk prasarana keselamatan yang patut dibaiki dan di tambah, seperti
 
 
  1. Menambah bilangan anggota keselamatan bertugas di setiap kem PLKN bagi memantau kawasan penginapan sepanjang tempoh peserta berada di kem. Ini dapat mengurangkan serta membantras kadar jenayah keganasan dan gansterisme di kalangan peserta PLKN


      
  2. Mewujudkan satu sistem automatik video iaitu kamera pengawasan tersembunyi (CCTV) di kediaman peserta PLKN, kantin, bilik bacaan, dan beberapa lokasi yang dirasakan boleh berlakunya jenayah di kem PLKN. Selain itu ianya boleh membantu siasatan jika terdapat kejadian-kejadian yang tidak diingin berlaku.
Cadangan ini adalah wajar kerana ianya dapat membantu dan membantras apa saja bentuk jenayah yang cuba dilakukan oleh peserta PLKN terutama mereka yang akan mengikuti program ini pada masa akan datang. Selain itu , cadangan ini juga boleh meningkatkan keyakinan ibu bapa, serta persepsi masyarakat terhadap keselamatan anak mereka yang mengikuti program ini.
 
SEKIAN.

MERUJUK DARI SUMBER-SUMBER YANG BENAR-ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam semalam.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.

Kuantan: Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air tengah malam kelmarin dikatakan memotong barisan ketika mengambil makanan sarapan pagi di kantin pusat itu.

Ia sekali gus dikatakan menjadi punca tidak puas hati beberapa pelatih lain hingga menyebabkan pergaduhan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ia berikutan soal siasat daripada tiga pelatih berusia 17 hingga 21 tahun yang ditahan petang semalam.



" Penubuhan PLKN bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia."

Memang tidak dinafikan lagi program-program PLKN banyak manafaatnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk menjadi kakitangan kerajaan seperti polis, bomba, Jabatan pertahanan awam, Rela, Kakitangan Hospital dan sebagainya.

Memang betul ajal itu ditangan tuhan tetapi setiap manusia mempunyai pilihan.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.

No comments:

Post a Comment

pok pet pok pet