JOM

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK STATUS ANDA

Laman Web Rasmi PLKN

Laman Web Rasmi PLKN
Laman Web Rasmi PLKN

RAKAN PLKN FACEBOOK klik follow

Followers

BSKN

Monday 26 November 2012

UNDANGAN KE PERBARISAN TAMAT LATIHAN DAN MALAM AKRAB KUMPULAN 3 SIRI 9/2012, KEM PLKN KARISMA, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

DIJEMPUT SEMUA KE
KEM PLKN KARISMA , KUALA PILAH
28.11.2012
8.00 PAGI



Salam semua,
Dijemput EX-PLKN semua ke

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP Kump 3 siri 9/2012 di KEM  PLKN KARISMA  pada : 
Masa. : jam 8.00 pagi - 11.00 pagi
Hari. : rabu
Tarikh : 28.11.2012
Tempat : Kem plkn karisma



Dijemput semua Ex pelatih Kem Karisma untuk hadir ke majlis tersebut

KAMI MENJEMPUT SAUDARA SAUDARI WIRA WIRAWATI KE MAJLIS PERBARISAN PENUTUP PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA KUMP. 3 SIRI 9/2012 DI KEM SETIA IKHLAS , klik untuk lihat info


DIJEMPUT SEMUA
MENGHADIRI DAN MERAIKAN PELATIH PLKN
SEMPENA TAMAT LATIHAN 
RABU
28.11.2012
KEM SETIA IKHLAS,SEMENYIH, SELANGOR.

KEM SETIA IKHLAS

MAJLIS UNDANGAN : 


Salam semua,
Dijemput wira wirawati semua ke

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP Kump 3 siri 9/2012 PLKN peringkat kem di KEM SETIA IKHLAS pada : 
Masa. : jam 8.00 pagi - 11.00 pagi
Hari. : rabu
Tarikh : 28.11.2012
Tempat : Kem Setia Ikhlas

Kedatangan saudara saudari dialu-alukan pada hari tersebut , terbuka kepada semua bekas-bekas plkn yang berdekatan dan ( tidak kira anda dari kem mana sekali pun yang ingin memberikan khidmat untuk kem setia ikhlas)

Turut diadakan mesyuarat bagi alumni yang hadir pada sebelah petang pada jam 2.00 petang bertujuan membincangkan hala tuju KEM SETIA IKHLAS
Pertanyaan 
Pkn iera - 0129910449

Monday 19 November 2012

LEKAS SAUDARA SAUDARI YANG BELUM MENGISI BR1M SILA BERBUAT DEMIKIAN - INFO DISEDIAKAN (TARIKH TUTUP SEBELUM 31 DISEMBER 2012)

JANGAN LUPA ISI BORANG INI
BOLEH MEMENUHKAN POKET ANDA
PELUANG MASIH TERBUKA
KEPADA MEREKA YANG BERUMUR
21 TAHUN KE ATAS
Pendaftaran BR1M 2.0 Kini Bermula

Pendaftaran Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kini bermula. Daftar secara atas talian untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan percuma.

 Pendaftaran dibuka sehingga 31 Disember 2012.

Daftar sekarang:



Permohonan BR1M 2.0 mulai november 2012..sesiapa yg berumur 21 tahun ke atas dan gaji kasar rm2000 kebawah layak memohon..mereka boleh menerima sebanyak rm250..dan cara memohon boleh dapati borang di pusat khidmat lembaga hasil dalam negeri malaysia(LHDN),jabatan kebajikan masyarakat (JKM) dan di laman web www.hasil.gov.my

seterusnya klik link dibawah

https://ebr1m.hasil.gov.my/



Thursday 15 November 2012

PANAS - BEKAS PLKN DIGALAKKAN SERTAI ASKAR WATANIAH


TERBUKA KEPADA SEMUA INDIVIDU 
BEKAS PLKN
DISARANKAN MENYERTAI 
ASKAR WATANIAH

ISMAIL Ahmad (depan) bersama pegawai kanan Tentera Darat serta para jurulatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Majlis Pelancaran Askar Wataniah PLKN di Kem Permata Resort, Alor Gajah, semalam.

ALOR GAJAH 10 Nov. - Jurulatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) digalak menyertai Askar Wataniah sebagai salah satu usaha membantu kerajaan menggerakkan semangat sukarelawan di kalangan belia di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penglibatan jurulatih dan bekas pelatih program itu dalam Askar Wataniah juga dilihat sebagai langkah awal bagi mendorong pelatih PLKN untuk turut serta selepas menamatkan latihan.

Menurutnya, pada masa ini Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang disertai bekas pelatih dan para jurulatih program itu sahaja disaran menyertai Askar Wataniah supaya mereka dapat mengendalikan kursus PLKN dengan lebih mantap dan berkesan.

"Antara lain objektif menarik bekas pelatih dan jurulatih menyertai Askar Wataniah adalah untuk meningkatkan tahap disiplin mereka serta mewujudkan semangat setiakawan dan berani melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.

"Memandangkan mereka adalah pengendali kursus dalam PLKN, penyertaan dalam Askar Wataniah juga adalah bagi mempersiapkan mereka dari segi kemantapan fizikal dan mental," katanya selepas menyempurnakan Pelancaran Askar Wataniah PLKN di Kem Permata Resort, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Majlis pelancaran itu melibatkan 400 jurulatih PLKN dan ahli BSKN yang telah menamatkan kursus asas Askar Wataniah.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, pihaknya menyasarkan keahlian BSKN yang menyertai Askar Wataniah adalah seramai 100 orang bagi setiap kem latihan PLKN menjelang pertengahan tahun hadapan.

"Kini terdapat kira-kira 3,500 jurulatih PLKN di seluruh negara, jadi dengan penubuhan Askar Wataniah PLKN ini kita berharap agar jurulatih yang layak supaya mendaftarkan diri sebagai Askar Wataniah," katanya.

Sumber dari
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd

pok pet pok pet