MENGHIDAP PENYAKIT MISTERI SELEPAS BALIK DARI PLKN
JULIANA SEDANG MENANGGUNG KESAKITAN BERIKUTAN PENYAKIT MISTERI YANG DI ALAMINYA SEJAK DISEMBER YANG LALU
TASEK GELUGOR: Seorang bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),
Seorang Bekas PLKN - JULIANA MD BAKRI, 18 ,ASL Simpang Kubu Gajah,Selama ,Perak. yang sebelum ini ceria dan aktif, kini hanya terlantar di tempat tidur akibat diserang penyakit misteri sebaik pulang daripada mengikuti program berkenaan telah menghidapi satu penyakit misteri yg dia sendiri tidak pasti.. malah Bapa beliau telah menghabiskan beribu ringgit( RM 5000) untuk mengubati penyakit 'Ju' tetapi masih tiada penawarnya En Bakri kini buntu mencari jalan penyelesaian dan salaran batuan bagi mengubati masalah penyakit anak ini..
Kejadian yang menimpa Juliana Md Bakri, 18, menimbulkan misteri berikutan penemuan tiga serpihan tulang ular yang didakwa keluar melalui belakang telinganya ketika menerima rawatan seorang ustazah di Beruas, Perak.
Bapanya, Md Bakri Md Said, 48, yang menetap di Simpang Kubu Gajah, Selama, Perak berkata, Juliana anak ketiga daripada lima beradik sebelum ini ceria seperti remaja lain, namun keadaannya berubah selepas mengikuti PLKN.
Dia yang menumpang sementara di rumah ibu saudaranya di Lahar Tambun, dekat sini, berkata, ketika mengikuti program berkenaan, anaknya demam sebanyak dua kali, tetapi dia tidak pasti penyakit sebenar, malah Hospital Selama juga tidak dapat mengesan penyakitnya.
“Keadaannya bertambah serius sebaik pulang dari kem Disember lalu. Bukan sekadar fizikalnya merosot, malah sering menangis tanpa sebab serta mengeluarkan perkataan yang sukar difahami sambil memegang MyKad,” katanya selepas dikunjungi Ketua Puteri Umno Tasek Gelugor, Norhafizah Othman di sini, semalam
ADAKAH KITE HANYA MELIHAT DAN BERCERITA???
SUKARELAWAN??
BANTUAN KEBAJIKAN???
SEKIRANYA TUAN DAN PUAN INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN BOLE menghubungi
EN.BAKRI - 016 5913599
Di petik berita (H.M)
2 MAC 2012